Cara Ringkas Solat Jenazah

Jom kita simpan cara ringkas solat jenazah ni jadi next time kita boleh turut serta solat jenazah sekiranya ada kematian di kalangan keluarga dan sahabat handai kita.

Solat jenazah juga antara solat yang ringkas dan mudah dilakukan. Solat jenazah ada 4 kali takbir. Tiada rukuk mahupun sujud. Selesai 4 kali takbir terus beri salam. Khalas.

Untuk perempuan kalau takde bawa telekung masa menziarah jenazah tu takpe boleh je pakai pakaian yang sedia ada janji menutup aurat dan ada wuduk ye sebab Solat jenazah ni tiada rukuk dan sujud. Kalau ada rasa kain baju kurung tu senteng dan tak pakai stokin boleh je kasi labuhkan sikit kain baju kurung tutup kaki. Hihihi.

Semoga ilmu ni boleh memberi manfaat kepada semua. Selepas ini, bolehlah kita sama-sama ikut serta semasa solat jenazah dilakukan.

Sentiasa berdoa dan memasang impian supaya apabila meninggal dunia nanti anak-anak boleh menjadi imam dan turut serta dalam solat jenazahku nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Ingin tahu tentang kaffan ?