Antara moment pengurusan jenazah covid19 oleh team Pengurusan Jenazah Al Kauthar Johor semasa menguruskan Jenazah covid-19 minggu ini.Team kami diwajibkan untuk memakai fullset PPE dan jenazah hanya diuruskan oleh pihak pengurusan jenazah bersama staff jabatan forensik HSI.
Sepanjang proses pengurusan ini ada dilakukan sanitasi oleh pihak KKM.Jenazah akan di tayamum, dikafankan dan disolatkan. Selepas selesai semua perkara di atas. Jenazah akan terus di bawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan.
Alfatihah untuk semua jenazah covid-19. Semoga Allah memudahkan urusan kami dan urusan semua pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan jenazah covid-19.
Kita jaga kita. Sila patuhi SOP.